BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-S-T-A-T-I-S-T-I-C-S-

Sunday, July 4, 2010

...JURURAWAT VS CIKGU...

Program Bina Insan Guru (BIG) untuk sem 2 ini agak santai. kena buat khidmat masyarakat. best giler. tempat pun jauh gitu. memang luas pemandangan la. em.. kali ni, program gotong-royong dengan kerjasama penduduk Kg. Abdullah Hukum. hehe..kenapa best? sebab... kurang tenaga yang dikeluarkan...heee...


kami dibahagikan kepada dua kumpulan. kumpulan pertama akan membersihkan kawasan tanah perkuburan manakala, kumpulan kedua akan membersihkan kawasan apartment kampung ni dan menyediakan makanan. saya? em..tergolong dalam kumpulan kedua. kalau ikutkan, nak join kumpulan satu, tapi dah ramai orang. so terpaksalah masuk kumpulan dua. em..ok fine, tak apalah kan. mana-mana pun sama je kan. kerja kat dapur 'orang-orang lama' tak bagi masuk campur. huh. kami agak kecewa walaupun dalam hati terbit sedikit rasa gembira...ngeee... kami pun kemaslah bilik mesyuarat/bilik setor, sapu-sapu kat depan tu sikit, bersihkan dapur, kemudian...dah siap! hehe..sekejap je kami semua buat. so masa rehat-rehat kami agak panjang & lama la kan.

err..apa kaitannya dengan tajuk entri ni?

em..nak dijadikan ceritanya, masa kerja dah dibereskan, saya pergi la kat meja yang ada air tu. nak minum air la kan. dah penat-penat ni, siapa tak terliur tengok sirap ais kat atas meja tu kan. lepas tu, ada la sorang pakcik ni, dia panggil saya. ok. saya pun pergilah kat pakcik tu. dia suruh duduk nak sembang-sembang. em...banyak yang saya tahu dan belajar daripada pakcik tu. banyak benda/perkara yang dia cerita & kongsi dengan saya. terbit juga rasa kagum dengan apa yang diceritakan oleh pakcik tu.

tetapi dalam rancak berbual tu, ada isu yang membuatkan saya terasa dan kecil hati. pemikiran pakcik tu hampir sama dengan ayah saya.

pakcik tu tanya mengapa saya pilih untuk jadi guru. tak menyesal ke keluar matrikulasi, kan dah bagus tu. lepas tamat matrikulasi pun boleh apply ijazah pendidikan kat mana-mana universiti, contohnya UPSI. masuk maktab, posting dah la mengajar sekolah rendah (sek ren) pulak tu. kalau keluaran U, boleh ajar sekolah menengah (sek men). pakcik tu cakap guru tak akan ke mana. produk keluaran maktab perguruan (kini institut pendidikan guru, IPG) tak boleh pergi jauh, tahap pendidikannya sampai situ je. dah la cabaran & tanggungjawab guru sekarang dah tak macam dulu. budak-budak sekarang bukan macam zaman pakcik dulu. banyak lagi yang diperkatakan oleh pakcik tu. apa yang pasti, secara keseluruhan, pakcik tu pertikaikan kredibiliti seorang guru dan profesion perguruan.

pakcik tu cakap; jadilah nurse. nurse pun menyumbang untuk masyarakat juga. nurse pun dapat pahala juga sebab tolong orang sakit. nurse boleh sambung belajar tinggi-tinggi. tahap ijazah guru dengan ijazah nurse tak sama. ijazah nurse jauh lebih baik. dan macam-macam lagi lah yang dia puji pasal nurse ni.







bersambung....


0 bebelan mereka: