BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-S-T-A-T-I-S-T-I-C-S-

Saturday, July 3, 2010

...INDAH KHABAR DARI RUPA...


"JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN"


em..ungkapan ini sememangnya benar. kankan? ^_^

pejam celik dah 20 tahun 1 bulan 8 hari saya berkecimpung dalam dunia perjalanan.

hari ini saya dan roomate, Jijie, pergi ke satu tempat di Sg. Besi Indah. kami naik KTM dan berhenti di stesen Kajang. jauh kan? sepatutnya kami berhenti di stesen Serdang. first time katakan..alamat tak ingat, lupa... tak kisah la, janji kami sampai ke tempat yang dituju. at least kami dah tahu apa kesilapan kami dan sudah tentunya kesilapan itu akan dijadikan pengajaran supaya tidak kami ulanginya.

di dada-dada akhbar dan majalah malah di tv sekalipun seringkali kedengaran Malaysian adalah seorang yang sopan-santun, berbudi bahasa, perihatin, penyayang dan lain-lain pujian positif.

sepanjang perjalanan ini, ada perkara baru yang saya belajar dan saya semakin tahu dan jelas tentang sesetengah perkara. indah khabar dari rupa. ya. inilah mungkin rupa sesetengah rakyat Malaysia yang saya jumpa hari ini. no hard feelings, sorry.

dalam KTM tadi, ada seorang remaja perempuan yang umurnya dalam lingkungan 18-20 tahun ingin menuju ke stesen yang sama dengan saya. sepanjang perjalanan, kami terpaksa berdiri dan berhimpit dek kerana manusia yang agak ramai. cam sardin..ni lah salah satu sebab tak suka naik KTM.. KL SENTRAL-KAJANG..agak jauh dan bagi yang berdiri akan terasa lenguhnya.

berbalik kepada remaja tadi, dia berdiri di antara saya dan jiji serta bertentangan dengan penumpang yang sedang duduk. saya suka memerhati manusia sekeliling. heh..remaja itu sudah tentu tak terlepas dari pandangan mata saya. mimik mukanya yang bersahaja tiba-tiba bertukar menjadi kelat seakan-akan menahan kesakitan. tekaan saya benar, dia memang sedang menahan sakit. tangannya menggigil, cecair yang bergenang di mata mula mengalir. err..setitis dua aje pun.. kami mula cuak. ye la..takut dia collapse. kalau collapse, kami memang tak tau nak buat apa la..

Alhamdulillah, nasib baik tak ada apa-apa berlaku. tapi saya bengang. nak tahu kenapa? penumpang-penumpang lelaki dan perempuan yang tengah senang lenang duduk tu, boleh je buat tak tau..tak bagi pun tempat duduk. haih...terasa agak panas dan sedih tengok sikap orang kita. dua wanita India yang duduk betul-betul depan dia buat tak tahu. tak tahu la pula kalau mereka betul-betul tak nampak. lelaki Melayu pula memang tengah enak dibuai mimpi. next to him, lelaki Chinese tengah baca akhbar. selang satu kerusi ada seorang budak perempuan kecil yang agak aktif dengan dunianya. budak tu tak kisah lah, nama pun budak.. nasib baik lah kat satu stesen tu, penumpang sebelah budak tu turun. kami pun suruh la remaja tu duduk situ. budak yang tengah syok dengan dunia dia tetiba tak aktif dah. dia pandang je remaja tadi. muka dia penuh tanda tanya. mungkin nak tahu kenapa remaja tu berkerut-kerut dan mengalir air mata. dia macam nak tanya, tapi takut. jadi dia hanya mampu memandang dengan rasa simpati sahaja. sebelum turun tren, dia sempat menoleh memandang remaja itu.

sebenarnya rakyat Malaysia masih kekurangan sikap perihatin. come on people. we claim we are one. please be concerned about people around us. cuba bayangkan kalau kita berada di tempat yang memerlukan, tapi orang lain buat tak tahu je..apa yang kita rasa? kecewa dan sedih kan? malu kan kalu budak kecik reti, tapi yang besar bijak pandai tak reti..

tepuk dada tanya selera. pandai-pandailah berfikir dan bertindak.



"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"

















>>>>>(^_^)<<<<<
One thing you have to admit is that, every single human, basically, is selfish.

0 bebelan mereka: