dulu saya aliran sains fizikal. saya memang minat fizik & matematik. saya tak minat biologi dan kimia. tetapi saya terpaksa juga belajar kimia. kalaupun saya meneruskan pengajian di matrikulasi dan mendapat keputusan yang cemerlang, saya akan tetap memohon ijazah pendidikan. saya tak nak jadi engineer. saya tak rasa nak jadi doktor. CIKGU tu memang cita-cita saya. saya tak kisah jadi CIKGU apa pun.
pakcik, pakcik tau tak, CIKGU mana-mana pun, lebih kurang je. tugas mereka sama. UNTUK MENDIDIK & MEMBENTUK GENERASI MUDA SUPAYA SEIMBANG DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK & SOSIAL (JERIS). pakcik jangan lupa, budak-budak yang cemerlang di sek men/IPT tu bermula dari mana. dari bawah kan. GURU TADIKA/PRASEKOLAH lah yang paling patut dihargai. mereka yang bersusah payah ajar kanak-kanak kenal & sebut ABC ALI BA TA dengan lancar, ajar membilang 123 dengan betul.
pakcik, saya ni tak nak "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". alangkah ruginya saya rasa jikalau saya menolak apa yang dah duk terhidang kat depan mata saya. belum tentu saya akan dapat keputusan yang bagus dengan CGPA yang tinggi ketika di matrikulasi ini. kalaupun keputusan saya bagus, belum tentu saya dapat ijazah pendidikan di mana-mana U. tahtah dapat course yang tak dijangka. lebih malang kalau dapat course yang langsung tak pernah tahu kewujudannya.
ya. betul cakap pakcik. usaha tangga kejayaan dan berfikiran positif. setekun/segigih mana pun saya belajar bersungguh-sungguh, kalau Allah dah takdirkan saya gagal, saya kena terima dengan redha. belum tentu saya akan berjaya dengan jalan yang saya pilih dan belum tentu saya akan berjaya dengan jalan yang telah saya tinggalkan. ketentuan Allah tak siapa yang tahu pakcik.
untuk pengetahuan pakcik, CIKGU pun boleh sambung belajar. CIKGU bm saya di MRSM Jeli, En. Maswan, merupakan produk keluaran maktab. ketika saya di tingkatan 3, beliau sedang menyambung pelajaran peringkat Master. salah seorang guru di Jabatan Sains, juga di MRSM Jeli, menjadi pensyarah di politeknik. di MRSM K.BERANG, err..lupa plop nama dua orang cikgu tu, tahap pendidikan mereka ialah sehingga PhD. di IPG-IPG sendiri, kebanyakan pensyarah adalah bekas guru-guru sekolah. Allahyarham Dato' Razali Ismail, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, juga bekas seorang guru.
menyentuh pasal tanggungjawab yang semakin membebankan & cabaran yang semakin perit. pakcik, pekerjaan apapun, tanggungjawab tetap ada. semua orang kena jalankan tanggungjawab yang dah diamanahkan. cabaran & dugaan tu, di mana-mana je pakcik. bukan CIKGU je, malah cabaran untuk MAK BAPAK sekarang dan akan datang pun makin sukar. nak tak nak kena hadapi gak kan. CIKGU ni ibarat ibu bapa kedua la. orang cakap, kalau tak sanggup, jangan jadi CIKGU. sama la dengan MAK BAPAK kan, kalau tak nak jaga anak, rasa anak-anak tu membebankan, JANGAN BUAT ANAK & JANGAN BERANAK.
em..apa lagi ye? dah la tu. kang lebih-lebih, ada yang tak kena plop kang. masing-masing ada otak, ada akal. pandai-pandailah fikir sendiri.
seperti yang sudah saya jelaskan. saya tetap dengan pendirian saya. akan saya buktikan kepada mereka di luar sana yang memandang rendah terhadap profesion perguruan bahawa guru pun boleh berjaya. jika berkesempatan dan berkemampuan serta bersedia dari segala aspek, saya mahu melanjutkan pelajaran. akan saya buktikan bahawa mereka semua silap. dan sudah tentunya, apa yang saya hajatkan ini hanya semata-mata kerana ingin mencari keredhaan Nya. InsyaAllah. Amin.
semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu.
"...Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca..."~USMAN AWANG, 1979: GURU OH GURU~
<<<<<(^_^)>>>>> ALLAH S.W.T ada rencana NYA yang tersendiri untuk setiap hamba-NYA. hanya kepada ALLAH kita memohon dan berserah.

0 bebelan mereka:
Post a Comment