14 ogos 2011.
tarikh group saya pergi ke rumah warga emas, "Rumah Seri Kenangan Cheras, Kajang". saya pergi bukan untuk berseronok suka-suka. semester ini, dalam subjek Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah (MPPSSR) kami kena jalankan satu projek kewarganegaraan. tak nak bercerita pasal projek ni tapi nak berkongsi sedikit pandangan dan rasa hasil daripada projek yang dipilih.
rumah kediaman, suasana, dan segala kemudahan yang disediakan macam serba lengkap. nampak macam selesa dan mewah. ada klinik, makan dalam 6 kali sehari. setiap bulan dapat wang saku RM10 seorang walaupun segala-galanya yang disediakan di sini adalah free. ada program keagamaan... nampak macam sesuai untuk warga-warga emas ini menghabiskan masa emas mereka untuk beribadat. ada kawan-kawan pelbagai agama dan bangsa. sekali sekala mereka dibawa keluar. contoh tempat, zoo. serius, nampak macam best sangat tinggal di sini.
emm..entah la. banyak benda yang bermain dalam fikiran. bila dengar taklimat dan penerangan daripada pihak pengurusan, ada banyak kebaikan dan kelebihannya. namun dalam masa yang sama, kekurangan tetap ada.
apa yang saya nampak, kelebihan kepada mereka yang hidup sebatang kara, tiada saudara mara, yang dibuang anak... ok. dari satu sudut, bagus sekiranya anak-anak yang berpendapatan rendah, mempunyai anak yang ramai dan tidak mampu menjaga orang tua mereka, menghantar ibu bapa mereka ke tempat yang pada zahirnya mungkin boleh memberi keselesaan dan tidak menyusahkan ibu bapa mereka. yang mana ibu bapa mereka tidak perlu bersusah payah membanting tulang dan menahan perut sekiranya tinggal dengan mereka (anak-anak) yang hidup susah. saya tak kisah kalau mereka yang susah, yang menghantar ibu bapa mereka tu, tetap datang melawat orang tua mereka.
tapi saya kisah dan sedih, kalau yang hidup senang-lenang dan mampu menjaga ibu bapa sendiri, tetap menghantar mereka ke tempat tu. lagi sedih kalau hantar terus lepas tangan, menghilangkan diri dan langsung tak datang melawat.
entah la. tak tahu nak cakap apa. masing-masing ada sebab tersendiri. yang pasti , bagi saya, tak sama 'nilainya' kalau tinggal dengan keluarga dan tinggal dengan rakan-rakan. dan kalaulah saya ditakdirkan untuk memilih, saya akan pilih tinggal dengan keluarga walaupun rumah itu serba kekurangan, kais pagi makan pagi kais petang makan petang berbanding tinggal dengan kawan-kawan walaupun tempat itu jauh lebih selesa. bagi saya, tak sama nilainya menghabiskan usia emas disamping anak cucu dan orang luar.
berdasarkan perbualan dengan warga emas di rumah itu, pengamatan, pemerhatian dan pengalaman saya sendiri (tengok tok dan tokki), orang tua ni, bila dah tua, mereka tak pandang sangat kebendaan daripada anak-anak... mereka bukan nak sangat duit anak-anak... yang mereka nak ialah perhatian dan kasih-sayang daripada anak cucu... itu je... ibu bapa ni, kalau anak-anak dapat balik 2 minggu sekali jadilah. kalau tak nak tidur, balik melawat mak ayah sekejap pun jadilah... dapat balik 2 atau 3 kali setahun, tidur 2 atau 3 malam pun jadilah... it is better than never. kebanyakan mak ayah ni, tak nak menyusahkan anak-anak mereka. tak nak rumah tangga anak-anak runtuh sebab mereka. kalau nak melawat mak ayah tu boleh buat laki bini bergaduh, ada mak ayah tak kisah kalau anak jarang balik. kenapa? kerana biarlah rumah tangga anak-anak tak goyang. sebab tu, ada warga emas yang sanggup tinggal di rumah orang-orang tua kerana menantu tak suka (anak ok je).
sejujurnya, saya sedih dan sebak bila dengar luahan nenek-nenek tu. tak dapat saya bayangkan kalau saya berada di tempat mereka. saya yang tinggal di asrama selama hampir 9 tahun ni pun, saya rasa sedih dan berat je setiap kali nak pergi asrama... sedih wei nak tinggalkan arwah tok & tokki kat rumah tu. sebab tu, masa arwah tok masih ada, setiap kali saya akan pergi mana-mana, malam sebelumnya tu, saya akan tidur dengan arwah tok... bangun tidur, saya akan menempek kat arwah tok sebelum pergi mandi... masa nak keluar rumah tu pun, berkali-kali saya bersalam dan peluk cium... walaupun saya kurang dengan arwah mak, masa arwah mak ada pun, saya sedih arwah mak saya nak pergi kerja... saya tak tahu macam mana mereka-mereka yang tak punya alasan kukuh ni, sanggup hantar mak ayah mereka kat rumah tu.
sungguh... mereka sangat tidak menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada...
ingat... kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita pada akan datang.
jika nasib kita lebih baik, dapat kita menghabiskan masa emas kita bersama anak cucu...
tetapi... jika kita kurang bernasib baik, mungkinkah nasib kita seperti mereka?
~fikir-fikirkan....~
Wednesday, August 17, 2011
...BILA SENJA BERLABUH...
ya Allah ya Tuhanku
jadikanlah aku hamba yang mengingati-Mu
mensyukuri nikmat-Mu
dan memperelok ibadahku demi-Mu
ya Allah ya Tuhanku
berilah kesudahan yang baik buatku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku
serta seluruh muslimin dan muslimat
Amin ya Robbal'alamin...
Diluah by Edah kira-kira jam 10:45 PM 2 bebelan mereka
Subscribe to:
Posts (Atom)
