tetiba teringat zaman sekolah dulu-dulu. bila teringat, itu tandanya saya rindu suasana, saya rindu kawan-kawan, saya rindu cikgu-cikgu saya. ya. saya sangat sayangkan memori tu. rasanya antara banyak-banyak zaman yang pernah dilalui, zaman belajarlah terutamanya zaman sekolah yang paling seronok. iye lah, kita tak perlu nak fikirkan apa-apa selain BELAJAR MAIN, BELAJAR MAIN dan BELAJAR MAIN.
dan untuk entri kali ini serta beberapa entri seterusnya, saya akan menaip dan bercerita tentang zaman sekolah saya, terutamanya ketika menengah bawah dan menengah atas. kenapa? perlu ke? ya. perlu bagi saya. ingatan saya dan kita semakin kurang. ini salah satu cara untuk saya terus ingat dan mengimbau masa lampau saya. terpulang kepada pembaca. jika berminat, teruskan. jika tidak, hehehe...faham-faham lah kan...(^_*)


Alhamdulillah. saya dapat keputusan yang agak bagus ketika Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). em... Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang (SMKSB) merupakan sekolah menengah (sek men) pertama yang saya pernah belajar. tak lama pun, lebih kurang sebulan lebih je. dalam masa yang sama, saya juga menerima tawaran dari SMK (A) Durian Guling. tapi saya tak pergi pun. tetiba je rasa tak nak...heee... masa sekolah rendah dulu, saya memang bercita-cita nak masuk sekolah berasrama penuh. tak kiralah sama ada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ke Seri Puteri ke Tun Fatimah ke Kolej Tunku Kurshiah ke atau SBP-SBP yang lain, janji sekolah tu sekolah asrama penuh. Kolej Yayasan Saad dah melepas dah. siapa suruh tak isi borang yang cikgu edarkan masa darjah 6 dulu. padan muka...(ala...kalau isi pun, belum tentu dapat...hihi) ceewaah! bajet kan? nak sekolah berprestij je...berlagak je...padahal bukan pandai sangat pun...

em.. nak dijadikan cerita, impian saya dimakbulkan. Alhamdulillah... saya dapat tawaran dari MRSM..hehe... yang ni la yang saya tunggu-tunggu ni...hehe.. dalam banyak-banyak MRSM, saya dapat kat Jeli, Kelantan. saya tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun nama tempat tu wujud. kesian saya kan...huhu... lagi kesian bila orang cakap "hahaha...dapat hujung kelantan. tempat jin tendang...hahaha" masa tu kan, memang berdesing gak la telinga. saat tu jugalah saya berazam nak buktikan saya tetap boleh berjaya walaupun tempat tu hujung pelosok negeri.
haaa...jangan main-main. saya ni mudah rasa tercabar tau. sekali tercabar, saya akan cuba pastikan kata-kata cakap-cakap orang tu tak benar belaka. bak kata Tun Mahathir, "MALAYSIA BOLEH!"; tapi bak kata Edah Azmi, "EDAH BOLEH!" hehe...
em.. kalau tak silap saya la, pendaftaran masuk ke MRSM Jeli tu hari isnin, 17 februari 2003. masa tu, sah sah la mak saya ikut hantar saya kan... heee... mulanya risau gak duk jauh dengan keluarga. maklumlah, tak pernah berenggang. paling tidak pun, berenggang masa mengikuti perkhemahan, itupun 2-3 hari je pun...heee... tapi rasa risau tu mula hilang bila saya tahu ada nuur hajar ummira (hajar), norul amira nadia (mira), azreen (yeen), nurul adilah (dilah), ramizah (mizah), sally dan asma. kenapa mereka-mereka ni? sebabnya ialah, kami datang dari tempat yang sama iaitu, Kuala Berang!
nak tahu tak? hihi... malu la nak cerita...hihi... ok. ok. saya cerita eh. selepas selesai proses pendaftaran, pembahagian kelas, asrama segala bagai, mestilah keluarga saya nak balik kan. masa mereka cakap nak balik tu, dada saya mula terasa sesak. awan mendung mula nak berkuak. gerimis apatah lagi. saya berlagak cool. saya tak boleh tahan. akhirnya air yang bertakung kat kelopak mata tumpah gak. saya menangis. buat muka sedih minta simpati jangan balik lagi. paling tak leh bla kan, saya kejar kereta masa mereka nak balik! hahaha...malu je bila ingat balik. nasib baik masa tu tak ramai orang, kalau ada pun, mereka duk sibuk dengan anak & keluarga masing-masing. eh tapi kan, saya kejar tu, bukan macam yang dalam tv tu tau, saya lari-lari anak je. ala...jalan laju macam lari tu je...heee.. ah, manjalah kau ni eda! nak duk asrama sangat kan. nah! amek kau. kena tinggal dah!
em...lebih kurang sebulan jugalah saya homesick. depan kawan-kawan saya ok. tak nampak tanda-tanda menangis. malu la kan nangis depan kawan. tapi belakang.... hah! sebelum tidur nangis. mandi nangis. hampir setiap hari kot telefon cakap nak balik, tak nak sekolah sini. tapi Alhamdulillah. lama-kelamaan saya dah boleh suaikan diri. dan memasang impian nak habiskan sampai tingkatan 5 kat Jeli ni. err..tapi impian tu tak kesampaian. sedih woo berpisah dengan kawan-kawan yang 3 tahun susah senang bersama.... sob...sob...sob...huhu =(
em.. kat mana-mana MRSM ni, ada unit homeroom. setiap pelajar, dalam lebih kurang 15 orang akan mendapat seorang guru pembimbing. kiranya, kami diibaratkan macam adik-beradik la. kalau di IPT, ia dipanggil 'mentor mentee'. kat jeli ni, ada empat h/room iaitu zamrud (hijau), delima (merah), nilam (biru) dan intan (kuning). h/room saya ialah INTAN C03 dan penasihatnya ialah CIKGU NASIR BIN DEWA.first time saya tengok beliau semasa hari pendaftaran tu, saya ingatkan beliau ni mengajar subjek Pendidikan Islam, tapi alih-alih, cikgu Biologi rupanya...huhu. beliau ni, ada janggut, pakai songkok, nampak je garang dan tegas, tetapi hati beliau baik. dan beliau sememangnya baik. tapi sayang. kami tak sempat nak kenal beliau dengan lebih dekat dan lebih lama. kenapa? sebab beliau dah berpindah ke tempat yang lain...
kata orang, "yang patah tumbuh, yang hilang berganti". begitulah juga keadaan kami adik-beradik ni. takkan lah pihak sekolah nak biarkan kami tak beribu/bapa. CIKGU ROZIYAH ISMAIL merupakan guru h/room intan c03 yang baru. beliau ni bukan sahaja cun melecun, bahkan baik, lemah-lembut sopan-santun gituu... kami saaaayaaanggg sangat kat beliau. semasa di bawah bimbingan beliau, kami agak aktif. kami makan-makan kat luar, adakan lawatan ke Kuala Lumpur dan macam-macam lagilah. ketika sedang enak diulit bunga-bunga kebahagiaan, sekali lagi ia direnggut. akhir tingkatan 3, kalau tak silap saya, beliau pergi meninggalkan kami semua. pergi jauh dari kami semua. kami sedih sangat. beliau yang terakhir memimpin kami, kerana tiada lagi guru h/room baru selepas beliau. saya ingat pesan beliau supaya belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang akan kami hadapi. kepada cikgu roziyah, kami sayangkan cikgu tau. sekarang kita lost contact. tak tahu keadaan cikgu macam mana sekarang. lokasi terakhir cikgu yang saya tahu ialah MRSM Kota Kinabalu/Kuching. sekarang saya tak tahu dah. harap-harap boleh jumpa lagi kan cikgu...(*_*)
kat MRSM ni, sistem akademik guna sistem Purata Nilai Gred (PNG). em... masa form 1 dulu, saya tak tahu sangat sistem ni. tak ambil kisah pun. kiranya masih 'bodo-bodo' la...heee. nak dijadikan cerita, result semester 2 saya teruk. saya perlu mengulang subjek Science (Sc). masa tu, Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Inggeris (PPSMI) mula diimplementasikan. kiranya, kami ni pioneers group untuk sek men la. huh! perasaan mengulang paper tu, hanya Allah je yang tahu. sejak dari peristiwa tu, saya sentiasa pastikan keputusan saya tak corot. cukup-cukup makan pun jadilah, janji tak repeat...hee... itulah yang pertama dan terakhir saya repeat paper. saya semakin faham sistem PNG dan boleh agak-agak untuk pointer seterusnya. tapi tu lah, sepanjang lima tahun kat MRSM ni, tak pernah pula saya dapat anugerah pengetua. alahai...dah nasib badan. nak buat macam mana kan...dapat graduasi pun syukur...hoho

hah! perkara paling penting saya hampir terlupa nak kongsi. maktab saya ni, walaupun jauh dari bandar, tempat hutan jin tendang, maktab saya CANTIK SANGAT tau. atas bukit gituu. saya merupakan 3rd batch. so, faham-fahamlah kan. kalaupun ada kekurangan, tetapi semua tu sedang diusahakan oleh pihak sekolah. kenapa cantik? iye lah. dah la atas bukit, ada hutan kiri kanan, ada sungai, ada dusun sendiri pula tu. nama dusun tu 'TAMAN MINJAROES'. ada pokok durian, salak, duku dan lain-lain. jauh dari hiruk-piruk kebisingan kota. jauh daripada pencemaran bunyi dan bau. kiranya hari-hari kami hirup udara segar tau. pagi-pagi tu, sejuk je...ada kabus. atas bukit la katakan...kalau berkabus, memang LAWA la pemandangan tu... pendek kata, memang CANTIK lah MRSM JELI tu. kalau tak percaya, pergilah tengok sendiri.
apa lagi ye? haaa... saya ni bukanlah jenis pelajar yang aktif dan tergolong dalam kumpulan yang tersangat pasif. kiranya bukanlah kategori kera sumbang...hee... biasa-biasa aje. macam sekarang ni haa. ikut je aktiviti maktab. masa olahraga, saya main je lari-lari. untuk wakil maktab, saya bukanlah orangnya. ada lagi yang jauh lebih baik dan bagus daripada saya. rules? ala...pelajar. tipulah kalau tak langgar. apa yang dilanggar? sssshhhhh...lain kali saya cerita ye...ngeee
bersambung...
<<<< (^_^) >>>>> centre of excellence! :: "berdisiplin berilmu beramal" ::




