BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-S-T-A-T-I-S-T-I-C-S-

Wednesday, December 1, 2010

...DAH KAHWIN PUN...

Alhamdulillah. 26 november 2010, anak moklong
merangkap sepupu saya, yang dipanggil kak ain telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, abang man, di masjid dekat dengan rumah (lupa nama masjid..hoho). em..agak meriah majlis perkahwinan kak ain ni walaupun pada saat-saat akhir timbul beberapa masalah. majlis berinai berlangsung pada malamnya. majlis persandingan pula keesokan hari, 27 november.


penat ke tak?

em..jadi raja permaisuri 2 hari rasanya tak penat. yang tak jadi raja permaisuri sehari tu memang penat le... ala..pengantin la katakan. mana boleh buat pape kan. em..untungnya jadi pengantin nih...

haaa...ada satu lagi acara yang sangat ditunggu-tunggu oleh 'orang-orang dapur'. acara ni memerlukan keluarga pengantin dan pengantin itu sendiri tukar pakaian. nak tahu tak pe benda? ni haa...pe benda tah namanya, 'simbah air basuhan'. lebih kurang la. eeeee...yaks... geli kan. air bekas basuh pinggan mangkuk segala bagai simbah kat orang... uiiiii....geli weh. nasib baik saya tak kena. orang pertama yang kena ialah abang fadzrul iaitu abang pengantin, kemudian poklong seterusnya pasangan mempelai tu. yang lain terselamat sebab pandai cari alasan dan buat-buat sibuk. cekngah hampir-hampir terkena...hihi (hehe..cekngah, walaupun eda tak tengok, tapi eda boleh imagine macam mana cekngah lari...kihkihkih).


di sini juga saya sertakan gambar perkahwinan kakak saya. perkahwinan akak saya ringkas sahaja. hanya akad nikah. tiada majlis malam berinai mahupun majlis persandingan. itu kehendaknya. kami nak buat macam mana kan.



apa-apa pun, tahniah buat kedua-dua pasangan mempelai. semoga kalian kekal bahagia hendaknya. semoga dengan melangkahnya kalian ke fasa baru, satu mahupun lebih perubahan yang positif saya harapkan daripada kalian. Amin...


em..tahun depan, kira-kira saya bakal dapat dua orang anak buah la kan...ngeeee....*_*



p/s: kepada bakal suami saya, jangan risau, hantaran kita boleh runding. majlisnya, kita buat seringkas-ringkasnya nak? saya tak suka jadi boneka kat atas pelamin tu. seganlah saya orang duk pandang-pandang je. saya ni kan pemalu...heee^_*











<<<<< (^_^) >>>>> saya bila lagi ye? hihi [tetiba gedik...lalalalala]


5 bebelan mereka:

pengembara nu'man said...

selamat penggntin baru
p/s kepada edah....cptla berbuat demikian...xsabaq kawe nk merasa nasi minyak nie....=)

Edah said...

tq. (wakil bg pihak dorg...ngee)
haha..aku lmbt agi la syamim. mesti ko yg duk ats pelamin dulu...hiihi

Edah said...
This comment has been removed by the author.
pengembara nu'man said...

ish3x....mana ad
lain la edah
mgkn jodoh da sampai....
calon pown da ad.....tunggu masa jer w la kan.........:)

Edah said...

muahahaha...ngarut syamim..
xdop calon2 eh...=P