pejam celik, dah hampir dua tahun alia berstatus single. alia sangat gembira. ya. dan alia benar-benar maksudkannya.
alia pernah couple. ketika itu alia berumur 16 tahun atau dengan kata lain, ketika alia masih dibangku sekolah. dan lelaki itu, taufik, yang kononnya pasangan alia merupakan senior di sekolah alia. hubungan mereka tak bertahan lama. berhenti dan terputus pada bulan ini dua tahun yang lalu. alia telah memutuskan perhubungan itu pada tarikh 28 Jun 2008, hari di mana alia mendapat tawaran kemasukan ke salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
"kenapa terhenti dan terputus?"
jawapannya mudah: "tak ada jodoh, nak buat macam mana.."
ya. alia tahu, jawapan ini sudah tentunya mengundang rasa tak puas hati kepada mereka yang benar-benar ingin tahu sebab musababnya. em.. tapi rasanya tak perlulah alia ceritakan mengapa dan bagaimana. biarlah alia, taufik dan mereka yang rapat serta berada di situasi itu berlaku sahaja yang mengetahui kronologinya.
tak sedih ke? tak nak sambung balik ke? ada tak lagi rasa sayang dan 'suka' kat taufik?
secara jujurnya, tipulah kalau alia jawab 'tak' untuk kesemua persoalan di atas atau apa-apa sahaja bentuk soalan yang tetap membawa maksud yang sama. dan jawapan 'ya' itu akan alia jawab di dalam hati kecilnya sahaja. yang mana hanya alia dan Allah sahaja yang mengetahuinya. alia sangat ego dan jawapan yang akan didengar di benak telinga penyoal adalah 'tak'. jawapan akan diberikan tanpa memandang penyoal dan dalam masa yang sama, hati alia terasa sebak, titik-titik jernih air mata mula bergenang. namun akan alia pastikan ia takkan mengalir dipipi.
namun, situasi ini hanya akan berlaku sekiranya soalan-soalan ini ditanya di awal perpisahannya dan setahun yang lalu.
tapi kini, bermula tahun ini, alia proud to say:
"i don't love my ex. and i am very sure i don't love him anymore."
ya. walaupun alia masih suka taufik, tapi suka itu dah tak sama macam dulu. suka sekadar suka, tiada yang special. tak disertai rasa sayang macam dulu. kalau sayang pun, bukan sayang macam dulu lagi. bak kata ALYAH dalam lagunya 'TAK MUNGKIN KERANA SAYANG'. kalau readers hayati lirik dan lagu dia ni, haaa, itulah yang alia rasa. lebih kurang sebijik la.
'patah tumbuh, hilang berganti'.
itulah kehidupan kita dan itu jugalah yang berlaku dalam hidup alia. dia datang ketika alia masih bersedih dan tengah struggle untuk melupakan si taufik. katanya, dia rasa nak kenal alia dengan lebih dekat sejak mula-mula tengok alia semasa hari pendaftaran di IPTA itu. em..benda yang sama turut dialami oleh taufik. taufik pun cakap benda yang sama. bezanya, situasi taufik berlaku semasa alia mendaftar sebagai pelajar di sekolah itu, dia pula di IPTA. heh..sudah tentu benda ini mengundang rasa takut & bimbang di hati alia. sejujurnya alia suka dia. tapi suka itu tak sama dan tak sekuat macam alia pernah suka taufik. tapi sekarang alia tak tahu dan semakin buntu apatah lagi setelah mendapat satu message daripada dia pada petang itu. alia sedih. dia tak terkata, tidak tahu apa yang ingin diluahkan setelah membaca mesej-mesej itu. dibiarkan sahaja mesej keempat itu tidak berbalas. jari-jarinya laju menekan nombor telefon sepupunya dan kawan baiknya. air matanya yang ditahan-tahan mengalir juga. alia tidak tahu kenapa dia berasa sangat sedih. mungkin alia rasa dia akan mengalami peristiwa yang hampir sama dengan kisah lama; penantiaan yang mungkin sia-sia.
alia made a decision. she wants to stay away from both of them, slowly. she noticed that, when she choose to less communicate with them, she started to feel better.
eh taufik? kenapa taufik muncul pula? bukankah mereka dah berpisah?
ya. benar. for your information, alia had cut off all forms of communication, to go 'no contact'. two years ago, ending communication is her priority because it will give her enough space to find peace, allow she to heal and help her to move on. tapi tu la, sejauh mana pon alia cuba menjauhkan diri, tak bagitahu belajar kat mana, tukar nombor telefon pon, kalau dah orang cakap, jumpa tu, jumpa juga la kan. ini semua gara-gara satu insiden yang berlaku terhadap alia pada 24 Mac 2009. macam mana si taufik tu tau? em..ni la pasal, susahnya kalau kawan/senior/junior satu tempat belajar kan.. taufik dapat tahu berita ni daripada kawan dia yang juga senior alia. senior ketika di sekolah & juga di IPTA. nombor telefon tu, alia tak tahu dari mana taufik dapatkannya. sejak itu, mereka pun mula berhubung antara satu sama lain tetapi sebagai kawan.
ya. mereka berkawan dan pernah keluar sebanyak dua kali. sepanjang setahun ini, banyak yang alia alami dan belajar. taufik masih dengan kata-katanya yang sungguh manis. kadang-kadang mereka mengimbau semula kisah lama. kalau readers dengar pun, readers mungkin akan tercair. alia pun begitu, tetapi alia berhati-hati kerana dia tidak mahu mengalami perkara yang sama, sekali lagi buat kali keduanya. alia berasa bosan. dan alia memang jenis yang cepat bosan. alia bosan dengan ayat-ayat taufik. taufik keeps saying the same thing.
alia mula menjauhkan diri. alia sedar; it is hard to be friends because ex-lovers don't hold each other to the same standard as they do like other friends. it is difficult to tease or joke around, and certain words can be taken in a wrong way. it is not a 'true' friendship and usually can't be treated as one as no matter how hard she try.
oleh itu, ym: alia permanently offline to taufik. alia tahu taufik ada laman sosial yang lain, tetapi sengaja dia tidak follow taufik dan alia tidak pernah memberitahu taufik bahawa dia juga mempunyai laman sosial yang taufik miliki. hanya satu sahaja yang taufik tahu, dan itu alia biarkan sahaja. dan sekarang, taufik already have someone else. alia tumpang gembira dan berita ini sememangnya membuatkan alia gembira kerana sudah tentunya alia totally free from him.
em..berbalik kepada cerita dia. dia pernah bertanya alia satu soalan yang alia tidak suka. alia tak suka soalan tu sebab ia akan buat alia rasa bersalah. kalau alia menjawab 'ya' dan tindakan itu alia tidak lakukan, apa akan jadi? dan sekiranya alia menjawab 'tak' dan alia bertindak sebaliknya, itu bermakna alia telah memungkiri apa yang telah diluahkannya. jadi, alia biarkan soalan itu tergantung tanpa diberi jawapan.
sebenarnya kepada dia, alia ada jawapan itu. tetapi dia tidak berani untuk meluahkannya kerana takut 'cakap tak serupa bikin'. hanya dirinya sahaja yang mengetahuinya.
"i won't. even if i do reconcile, the relationship i once knew has ended, so i must grieve the relationship that has passed and move on from what once was. because if i do reconcile, it has to be different than it was before or it will just fail. again. "
dan sekarang, alia melayari perjalanan hidupnya tanpa menaruh harapan dan tidak mahu memberi harapan kepada mana-mana insan yang bernama lelaki yang datang ke dalam hidupnya. alia seboleh-bolehnya tidak mahu ada lelaki yang 'suka' kepadanya. dan sekiranya alia tahu, alia akan menjauhkan diri daripada lelaki itu. tetapi itu tidak bermakna alia menolak bulat-bulat kehadiran mereka. alia perlukan mereka, tetapi bukan buat masa yang terdekat ini. berikan alia masa dan ruang. she would rather to be alone than accept the unacceptable from anyone. (-__-)
<<<<<(^_^)>>>>> "Move on. It's just a chapter in the past, but don't close the book, just turn the page" (◕‿-)