Mimpi.. em.. rasanya semua orang pernah bermimpi ketika tidur. kan? Orang cakap, mimpi ni, mainan tidur aje. Tapi tu la, walaupun sekadar mainan tidur, sedikit sebanyak secara sedar atau tidak, ia tetap akan menghantui kita. Betul tak? Tipulah kalau anda tak terfikir-fikir akan mimpi yang dialami selepas bangkit sahaja daripada tidur. Kadang-kadang mimpi yang kita alami tu, benar-benar terjadi, kadang-kadang tak. saya sendiri pun mengalaminya. Dan hari ini, saya nak kongsi mimpi semalam yang sehingga saat ini, ia masih berlegar-legar di kepala saya.
********************************************************************
Saya solat berjemaah di dalam sebuah masjid dengan seorang lelaki yang dikenali dan biarlah saya namakan dia sebagai Mahathir, dan seorang wanita yang tidak saya kenali.
Ceh! Nama lelaki tu tak leh bla, nak nama bekas Perdana Menteri Malaysia. Ah, biarlah! Dah saya sangat suka Mahathir. Jealous ke? Lalalalalalala….
Em.. Ok , sambung balik.
Raut wajah wanita tersebut kelihatan lebih tua daripada saya. Wanita itu juga kelihatan ala-ala alim. Ya, alim dan berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Berjilbab labuh dan perlakuannya sangatlah sopan. Sangat berbeza dengan saya yang mana masih tidak menutup aurat dengan begitu sempurna. Apa yang dapat saya katakan di sini ialah kami sangat-sangatlah berbeza. Sangat berbeza dari segala segi.
Setelah selesai sahaja solat, kami bersalaman. Wanita tersebut menyium tangan saya ketika bersalam. Untuk bersalam dengan Mahathir, wanita tersebut menunggu saya bersalaman dengan Mahathir terlebih dahulu. Mahathir mengucup dahi saya. Ya, seperti yang dijangka, setelah saya bersalam dengan Mahathir, wanita itu pula mengambil giliran. Perkara yang sama turut dilakukan Mahathir terhadap wanita tersebut. Dan Mahathir memandang saya dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Kegembiraan terpancar dari raut wajahnya yang bersih itu.
Apa reaksi saya terhadap wanita itu? Bagaimana pula dengan wanita tersebut?
Em..entahlah..saya pun kurang jelas. Yang pasti, wanita tersebut sentiasa senyum. Dan senyuman yang terukir itu, penuh dengan keikhlasan. Saya? Tak menunjukkan rasa suka atau gembira bahkan senyuman tak terukir sedikit pun. Namun, itu tak bermakna saya menunjukkan reaksi benci mahupun marah. Saya bersikap neutral. Biasa-biasa sahaja. Suka tidak, benci pun tidak.
********************************************************************
Dari mimpi yang diceritakan ini, apa yang anda boleh simpulkan?
Em..macam sebuah keluarga kan? Seorang lelaki yang mempunyai dua orang isteri atau dengan kata lainnya lelaki yang berpoligami.
Mimpi ini mengingatkan saya tentang cerita alia. Ya, alia. Alia dan dia.
Dia pernah memberitahu alia pendapatnya tentang poligami. Menurut dia, poligami itu tidak salah dan dia tak boleh dan tak berani berjanji akan menyayangi alia seorang sahaja. Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.
Masih ingatkah tentang satu mesej yang diterima oleh alia daripada dia sehingga membuatkan alia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri?
Secara ringkasnya, mesej tersebut mengatakan bahawa seseorang ingin menjodohkan dia dengan seorang muslimah yang mengikuti usrah. Mereka telah diketemukan. Namun, dia tidak membuat sebarang keputusan. Dia hanya meninggalkan kata-kata yang pernah ditinggalkan kepada alia.
********************************************************************
Heh..cerita alia ni dahsyat la..sampai masuk mimpi saya la pula..ngeee.. Adoila…
Poligami?
Em..entahlah..saya pun tak berani nak cakap. Nak cakap setuju, tak juga. Nak cakap tak setuju, aish, siapa nak berkongsi, kan? Yang pasti, saya ada sebab mengapa saya tak setuju dan sangat-sangat tak suka. Dan sekiranya ditakdirkan saya berumahtangga nanti, saya juga mempunyai sebab mengapa saya mengizinkan suami saya berpoligami. err.. itupun dengan alasan dan sebab musabab yang kukuhlah. tak ada maknanya saya senang-senang izinkan..
apa-apa pun, ada perkara yang menyebabkan saya sedikit berubah. sekiranya yang diperkatakan oleh beliau-beliau benar-benar berlaku kepada saya, saya redha dan saya sememangnya sudah bersedia untuk sebarang kebarangkalian...
<<<<<(^_^)>>>>> "Smiles are like band-aids, they cover up the pain, but it still hurts. " -Rick Riordan
Thursday, June 10, 2010
...SEKADAR MIMPI...
Diluah by Edah kira-kira jam 11:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 bebelan mereka:
Post a Comment