BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-S-T-A-T-I-S-T-I-C-S-

Sunday, May 30, 2010

...CINTA ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN...

Sebuah rumahtangga yang bahagia adalah yang terbina di atas dasar mawaddah/kasih dan rahmah/sayang di antara pasangan lelaki dan wanita. Perasaan mawaddah terjalin pada usia remaja, manakala perasaan rahmah mula berputik apabila usia hubungan semakin meningkat.

Untuk mentafsirkan kalimah cinta adalah suatu pekerjaan yang sukar dan adalah suatu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Bertentangan sekali dengan suara-suara yang berani mengatakan bahawa cinta antara lelaki dan wanita adalah satu dosa dan boleh menjejaskan hubungan antara hamba dan Khaliq.

Sabda Nabi s.a.w apabila mengenangkan isteri-isteri baginda:

"Ya Allah, inilah bahagianku daripada apa yang aku miliki, maka janganlah Engkau memurkaiku terhadap apa yang Engkau miliki dan tidak aku miliki... "
(Hadis Riwayat Imam-imam sunan)

Nabi s.a.w. sebagai seorang manusia biasa, tidak dapat mengawal perasaan cintanya yang lebih terhadap isteri baginda Aishah r.a. daripada isteri-isteri baginda yang lain.
Maksud daripada hadis tersebut ialah, seseorang manusia tidak memiliki hatinya (tidak mampu mengawal perasaan hatinya) daripada perasaan marah, gembira, rindu, sedih dan cinta. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t.

Islam adalah kalimah Allah yang terakhir, penutup kepada segala risalah, dilengkapi dengan syariat yang umum, abadi, sesuai untuk semua rantau, semua zaman dan semua manusia. Islam dilengkapi dengan dua asas utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah serta usul-usul yang terbina di atas dasar keduanya. Berbeza sekali dengan agama lain yang mengecualikan agama dalam kehidupan seharian.

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. "

(Ar-Ruum 21)

Islam memberkati setiap hubungan percintaan di antara lelaki dan wanita selagi mana ianya berpandukan hukum syara' dan tidak melampaui hadnya, serta cita-cita mereka adalah untuk membina rumahtangga dan bukan di atas dasar sekadar untuk bersuka-suka.

Wajib bagi setiap pasangan yang bercinta agar menyatukan antara cinta dan akhlak kerana cinta adalah naluri kecenderungan antara dua jantina yang berbeza manakala akhlak pula adalah sebagai benteng yang menghalang dari berlakunya perkara yang melampaui batas.

Islam meletakkan akhlak dan batasan tertentu kepada naluri semulajadi adalah sebagai penghargaan kepada sifat makhluk manusia. Dan disinilah tersembunyinya rahsia mengapa manhaj Islam tersendiri dari lain-lain manhaj ciptaan manusia.

Antara garispandu yang wajib kita taati di dalam hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan ialah penjagaan batas-batas aurat. Difahami bahawa aurat seorang lelaki adalah di antara pusat dan dua lulut manakala aurat perempuan pula adalah seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tangan.

Sabda Nabi s.a.w.:

"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain."

(Hadis Riwayat Imam Muslim, Abu Daud & Tarmizi)

Sabda Nabi s.a.w. lagi:

"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat."


Disyariatkan pengharaman memandang anggota-anggota aurat di dalam Islam adalah sebagai langkah untuk memelihara manusia daripada perkara yang menggerakkan naluri dan mengobarkan keinginan hawa nafsu mereka.

Firman Allah s.w.t.:

"Dan katakanlah kepada para mukmin; jatuhkanlah pandangan kamu (dari memandang perkara yang tidak halal dipandang). Dan katakanlah kepada para mukminat; jatuhkanlah pandangan kamu."

(An-Nur 30-31)

Pandangan adalah pembangkit atau penggerak nafsu syahwat, adalah jendela yang boleh dilalui oleh faktor keinginan dan minat. Allah s.w.t. telah menciptakan mata itu sebagai cermin bagi hati, maka apabila seseorang menutup pandangannya maka hati pun akan tertutup nafsunya.

Nabi s.a.w. :

"Setiap kali seseorang muslim terpandang kecantikan seseorang perempuan lalu ia memalingkan pandangannya dari situ, maka Allah akan membaharukan untuknya satu ibadah yang kemanisannya terasa di dalam hatinya."

(Hadis Riwayat Ahmad & Tabrani)

Sesungguhnya pertimbangan kejiwaan yang lengkap yang ditunjukkan oleh Islam berkaitan perintah menutup aurat dan naluri malu manusia, tiada bandingannya dengan mana-mana peradaban di dunia. Di dalam Islam ternyata tugas utama pakaian ialah sebagai memberi perlindungan kepada tubuh dan bukannya sebagai perhiasan semata-mata. Perlu ditekankan di sini bahawa pakaian berlengan pendek adalah haram dipakai bagi seorang wanita di hadapan lelaki ajnabi, begitu juga sebarang pakaian yang ketat atau nipis atau terlalu lembut sehingga boleh menampakkan sebahagian susuk tubuh.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Hendaklah mereka(perempuan-perempuan)itu melabuhkan tudung mereka sampai ke dada."
(An-Nur:31)

Islam melarang percampuran bebas antara lelaki dan wanita sebagai langkah awal untuk mengelakkan dari godaan dan hasutan hawa nafsu. Pada hakikatnya, percampuran bebas inilah yang mengheret masyarakat ke dalam revolusi sosial pada masa kini.

Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya kira-kira:

"Apabila seseorang lelaki itu bersendirian dengan seorang wanita(yang bukan muhrimnya)maka syaitan adalah yang ketiga di antara mereka"

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Lagi sabda Nabi s.a.w.:

"Sekiranya seseorang bersesak dengan babi, berlumuran dengan lumpur atau tanah kotor, maka ianya adalah lebih baik dari bergesel bahu dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya."
(Petikan dari Hadis Riwayat Tabrani)

Begitulah ketegasan Nabi s.a.w. di dalam melarang umatnya bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan. Larangan bergaul bebas; yang melibatkan pergaulan sesama bukan muhrim, tanpa sebarang tujuan yang munasabah ini adalah meliputi sama ada di khalayak ramai ataupun bersendirian.

Kesimpulan:

1.Cinta adalah sebuah perasaan yang wujud pada setiap manusia dan ianya adalah fitrah hidup dan tidak dapat dielakkan.

2.Menjadi kewajipan kepada setiap pasangan percintaan antara seorang lelaki dan wanita agar menghiasi cinta mereka dengan akhlak-akhlak yang telah digarispandukan oleh Islam.

3.Cinta semata-mata tanpa akhlak akan membawa kepada kerosakan pada diri pasangan.

4.Haram setiap percintaan yang dibina di atas dasar sekadar suka-suka, bahkan perlulah diletakkan perkahwinan sebagai tujuan utamanya.

5.Sesungguhnya cinta itu bukanlah sesuatu yang keji, bahkan ianya adalah suatu ikatan yang suci yang mana boleh mengukuhkan ikatan di antara pasangan apabila mereka berkahwin.

6.Percintaan sebelum perkahwinan adalah sesuatu yang menarik, dan ianya adalah lebih baik sekiranya berterusan selepas perkahwinan.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa."

(Al-Furqaan)


SUMBER ASAL


*sebagai peringatan untuk diri sendiri dan anda yang membacanya... fikir-fikir dan renung-renungkan bersama...~









<<<<<(^_^)>>>>> "Don't ever forget your past, it has made you to the person you are now." -Cheryl A. Cioppa

...SATU PENYESALAN...

couple.

ada yang tak pernah rasa bercinta, nak rasa bagaimana seronoknya ada pasangan yang dipanggil girlfriend (gf)/boyfriend (bf). tapi ada juga yang tak pernah mengalaminya tak nak rasainya. ada yang pernah bercinta pula dah tak nak bercinta, serik katanya. tapi ada aje yang masih nak bercinta walaupun pernah putus di tengah jalan. tapi kali ni, bercinta dengan orang lain la pula. yang tengah dan baru nak mula bercinta ni lain la pula ceritanya. ada yang tengah berbunga-bunga, ada yang bergelodak, ada yang pasang surut macam air laut dan yang retak menanti belah pun ada.

ini merupakan satu isu yang agak popular terutamanya dalam kalangan remaja dan sudah tentunya ia agak sensitif untuk dibicarakan. tapi saya tak kesah. saya tetap nak kongsi perkara ini. tetap nak luahkan apa yang saya rasa dan fikir.

em..tapi apa yang istimewanya ye? hanya mereka yang mengalaminya dan pernah melaluinya sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. kalau tanya mak mak ayah, atuk nenek dan pakcik makcik kat luar sana, dah tentu kebanyakkan mereka akan menjawab, "tak payahlah nak bercinta masa sekolah. belajar rajin-rajin dulu...blablablablabla..."


dari pemerhatian dan sudah tentunya pengalaman saya sendiri, pasangan-pasangan yang sedang bercinta ni sudah tentunya mesti rasa nak jumpa kan. kalau tak jumpa tu, mula la dapat mesej berbunga-bunga. contohnya, "rindula...bila nak jumpa?"; "saya rindu awak. awak rindu saya tak?". seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, ayat-ayat ini hanyalah contoh, bukannya ayat yang saya pernah guna dan pernah dapat ye. ini semua pengaruh media massa, televisyen (tv). iye, saya pun manusia biasa. kadang-kadang terpengaruh juga dengan dialog tv tu..hihi em..agak-agak, kalau dah dapat mesej macam tu, apa yang mereka buat? apa? jumpa? haaa..betul la tu. apa lagi, jumpalah. kononnya dengan keluar berjumpa tu, dapatlah hilangkan rasa rindu tu. kononla kan.

haaa... kat bawah ini merupakan antara tempat-tempat yang popular bagi pasangan yang sedang bercinta.

1- panggung wayang
ramai pasangan yang bercinta suka menonton wayang. termasuklah pasangan suami isteri. tapi yang itu tak kisah la kan, dah jadi laki bini. err..tapi saya tak pernah la pula berpeluang 'dating' kat tempat ni. ada aje halangan. Alhamdulillah.




2- taman-taman/ tepi tasik/ dataran

haa.. yang ini pun tempat yang saya rasa paling digemari untuk melepaskan rindu dendam masing-masing. contoh tempat ialah Dataran Syah Bandar, Terengganu, Tasik Titiwangsa dan banyak lagi lah. malas la nak taip satu-persatu. anda sendiri pun tahu. tempat-tempat ini sudah tentunya mempunyai pemandangan yang indah dan sedap mata memandang. namun pandangan akan jadi menyakitkan sekiranya ia dirosakkan oleh perbuatan yang tidak senonoh oleh pasangan yang bercinta. em..tempat macam ini saya pernah pergi dengan 'dia' suatu ketika dulu. sekadar berbual kosong sambil melihat gelagat manusia di sekeliling.




3- pantai

satu lagi ciptaan Allah yang cantik dan berguna untuk manusia. pantai tenang, ada angin sepoi-sepoi bahasa, ada bunyi ombak dan macam-macam lagi la. melihat ombak menghempas pantai dan bunyi deruan ombak sudah cukup buat kita terasa tenang, kan? begitulah hebatnya ciptaan Allah ini. saya suka pantai, tapi saya takut sejak tsunami.




4- shopping complex

yang ini dah sah-sah la kita boleh jumpa bermacam-macam pasangan. ramai juga yang suka 'dating' di sini. saya pernah. tapi tu la, nama pun shopping complex. jalan-jalan sambil berborak, bila penat cari tempat duduk, lunch sama-sama, tengok orang sekeliling lepas tu kutuk-kutuk. itu ajelah. bosan kan?



5- pusat boling
ini sesuai untuk yang nak 'dating' sambil beriadah. tak pernah la pula saya berkesempatan. iye la, mana nak sempat, dah hubungan tu sekejap je, memanglah tak sempat.




6- perpustakaan

ini tempat untuk mendapatkan ilmu. tapi ada aje yang gunakan tempat ini untuk 'dating'. saya? em...






em..keinginan untuk berpasangan merupakan lumrah kehidupan. manusia dicipta dengan disertai hati dan perasaan serta hawa nafsu. lihatlah sekeliling kita. makhluk yang tidak dikurniakan akal pun ada pasangannya. ini merupakan satu hakikat yang tidak dapat kita lari daripadanya. saya percaya setiap makhluk Allah mempunyai perasaan ingin disayangi dan menyayangi, tidak kira binatang mahupun manusia. begitu juga saya. dan kerana itulah saya pernah terjebak dengan 'couple', satu istilah yang dikatakan tidak wujud dalam kamus agama Islam dan haram disisi agama Islam.

saya pernah mengalaminya. dan sesungguhnya saya tahu kebaikan dan keburukannya. kebaikannya? heh...amat sedikit saya rasa berbanding saya lihat lebih banyak keburukan. perlu ke saya ceritakannya? em...rasanya tak perlulah saya muntahkan satu persatu kebaikan dan keburukan itu. biarlah saya dan mereka yang pernah dan sedang mengharunginya sahaja yang mengetahuinya.

cukuplah saya katakan, "tak payahlah couple-couple ni. tak ada apa yang istimewa pun. kalau tak kekal, buat sakit hati aje."
ayat ini, ayat pertama yang akan saya luahkan sekiranya ada yang bertanya pandangan saya. kemudian baru saya akan cakap, "em..terpulanglah. kalau rasa nak sangat, nak rasa ada pengalaman, teruskanlah...siapa saya untuk menghalangnya..."


but please, don't get me wrong. tak bermaksud tak boleh nak dicintai dan menyintai. ya, hari ini, ketika ini dan disaat ini saya berkata tidak kepada 'couple', esok lusa dan akan datang saya tidak pasti dan tidak tahu. mungkin saya akan terjebak lagi dan mungkin tidak. Wallahu'alam. apa yang pasti, sesungguhnya, saya rasa teramat menyesal. menyesal couple. walaupun ada terbit sedikit rasa menyesal, saya tetap bersyukur. sekurang-kurangnya, saya dapat belajar sesuatu & ia saya jadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati.
















"kebejatan akhlak dan nilai-nilai murni yang semakin meruncing harus dipandang serius oleh setiap ahli masyarakat. kes rogol, seks bebas, kahwin lari, kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi dan lain-lain penyakit sosial yang kian berkembang biak dalam kalangan masyarakat hari ini saya rasa salah satunya berpunca daripada bercinta. ya. bercinta. bercinta dengan cara yang salah yang mana terlalu mengikut hawa nafsu sehingga membawa kepada kemaksiatan. wabak ini sesungguhnya perlu dibendung agar tidak menjadi virus yang boleh membusukkan agama, bangsa dan negara kita, Malaysia. tidak perlulah kita terikut-ikut dengan budaya yang negatif. biarlah kita kekal dengan budaya Timur yang tidak akan lapuk dek zaman berbanding hidup serba moden tapi mengamalkan tingkah laku yang tidak bertamadun dan boleh menghapuskan identiti kita yang penuh dengan adab dan sopan. "




saya cadangkan anda membaca ini:

'CINTA ISLAMIK'
'NAIM SI BUDAK AGAMA'











<<<<<(^_^)>>>>> "When it comes to falling in love: No chase, No obsession, No trying too hard. Just let it be." -Girlosophy

Saturday, May 29, 2010

...I AM GETTING OLDER PHYSICALLY AND MENTALLY...

em.. nak tulis apa ye kali ni. banyak benda sebenarnya nak diluah, tapi tu la, bila dah bertangguh-tangguh ni, lenyap satu persatu.

haaa..dah dapat idea dah. nak cerita pasal genapnya 2 dekad pada 11 mei 2010 waktu tengah hari rembang, detik 12.58 pm. ah tak kira, tetap nak cerita gak walaupun dah 18 hari berlalu.

pertamanya, Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk saya terus hidup di muka bumi ini. terima kasih untuk semua ucapan "selamat hari lahir", "happy birthday"~ yang kadang-kadangnya sengaja dieja dengan salah, "selamat hari jadi", "selamat hari tua & lain-lain ayat yang tetap membawa maksud yang sama. hehe..kepada yang telah cuba call, tapi tak dapat, saya hargai usaha anda walaupun pada mulanya saya fikir anda sibuk & lupa agaknya...terima kasih banyak-banyak..(^_*)

hehe..nak ceritanya di sini, kawan-kawan saya yang spesifiknya teman-teman serumah, buat la kejutan. memang tak jangka la benda tu. mulanya bajet mereka buat bila masuk je detik 12 am.
hihi..perasan kan..bajet ada kejutan..hihi..
eh eh, perasan-perasan pon, betul la kan, ada gak kejutan..hihi..

tapi tu la, kejutan tu terlebih awal. petang 10 mei. mereka telah merosakkan jadual saya. kerja saya tergendala. ala kerja-kerja biasa aje...bukan pelajar IPG je buat, pelajar IPTA/IPTS pun sama. kerja apa? kerja rumah? belajar? tutorial? hehe..semua tu betul, tapi biasanya malam la baru bertungkus lumus. kerja petang yang saya biasa buat ialah tidur. iye, tidur. kenapa? anda jealous ke? oh, tak perlulah anda nak jealous kerana saya rasa, anda pun mampu melakukannya.

baiklah. berbalik kepada cerita tadi, mereka telah merancang satu penipuan yang menyebabkan saya terus bangun daripada tidur yang sangatlah nyenyak saya rasa. bangun dan terus menuju ke bilik air & berwudhuk serta bersiap untuk ke MidValley secepat & seringkas yang mungkin..~ringkas ke tak ringkas ke, sama aje..t-shirt dengan jeans juga yang disarungnya~.. em..pergi lah saya menapak tergedek-gedek turun dan menaiki teksi dengan muka baru bangun tidur itu.


sesampainya di PizzHut, saya melihat di satu sudut terdapat muka-muka yang sangatlah familiar: roomate saya, Jiji, yang katanya ingin keluar berjumpa saudaranya kerana ada hal penting sedang tersengeh-sengeh; Nasuha, yang menurut Ainul pergi keluar entah ke mana; begitu juga dengan Mun & Yana, insan yang kononnya keluar untuk berjumpa kawan telah kehilangan handphone & purse. oh, tidak! sesungguhnya saya telah diperdaya hidup-hidup oleh mereka! wahai kawan-kawan, sesungguhnya saya menghargai apa yang anda lakukan! terima kasih! =))))))

>>> em..ini antara habuan sempena 2 dekad:















em..ada hadiah yang jauh lebih bermakna buat saya. namun tak bererti yang di atas tak bermakna buat saya. kesemua yang diterima sangatlah saya hargai. tapi yang ini lain. i am totally free from him. ya, dia. i don't love him anymore. yup! and i am very sure. my feeling, myself. i know it better than others. er..maybe...ngeee.. so, please, don't you dare to ask me about this again. dah tak rasa apa-apa. em.. tak leh cerita lebih-lebih ni..sebab entri ini bukan pasal cintan-cintun...kalau nak tahu, nantikan kemunculan filem ini pada masa akan datang...[^_~]







TAPI ada hadiah yang lebih bernilai yang saya sangat inginkan sejak lima tahun yang lalu...dan seandainya beliau masih di sini, di hadapan mata, di dunia yang nyata ini dan bukan di alam sana, apa yang saya inginkan hanyalah peluk cium dan doa seorang wanita yang bergelar ibu dan dipanggil 'mak'...






"mak, eda dah 20 tahun mak. tengok la anak ketiga mak ni...eda dah besar panjang dan semakin tua..walaupun tak sepanjang mana, tapi eda dah semakin tua dari segi fizikal dan mental...alangkah bagusnya kalau mak dapat lihat eda melangkah ke fasa baru, awal dewasa. lebih seronok lagi kalau mak ada untuk membimbing eda meniti fasa yang eda rasa makin mencabar dan menuntut komitmen-komitmen baru. mak, mak doakan eda berjaya dunia akhirat ye mak..."



AL-FATIHAH BUAT ARWAH MAK TERSAYANG...ROHANI BINTI ABDUL RAHMAN...

"MAK, SELAMAT HARI IBU...EDA DOAKAN MAK BAHAGIA & SELAMAT DI SANA...AMIN..."










::: (^_^) ::: No matter how we try to be matured, we'll always be a kid when we all got hurt and cry. -J.M. Barrie