BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-S-T-A-T-I-S-T-I-C-S-

Sunday, May 30, 2010

...SATU PENYESALAN...

couple.

ada yang tak pernah rasa bercinta, nak rasa bagaimana seronoknya ada pasangan yang dipanggil girlfriend (gf)/boyfriend (bf). tapi ada juga yang tak pernah mengalaminya tak nak rasainya. ada yang pernah bercinta pula dah tak nak bercinta, serik katanya. tapi ada aje yang masih nak bercinta walaupun pernah putus di tengah jalan. tapi kali ni, bercinta dengan orang lain la pula. yang tengah dan baru nak mula bercinta ni lain la pula ceritanya. ada yang tengah berbunga-bunga, ada yang bergelodak, ada yang pasang surut macam air laut dan yang retak menanti belah pun ada.

ini merupakan satu isu yang agak popular terutamanya dalam kalangan remaja dan sudah tentunya ia agak sensitif untuk dibicarakan. tapi saya tak kesah. saya tetap nak kongsi perkara ini. tetap nak luahkan apa yang saya rasa dan fikir.

em..tapi apa yang istimewanya ye? hanya mereka yang mengalaminya dan pernah melaluinya sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. kalau tanya mak mak ayah, atuk nenek dan pakcik makcik kat luar sana, dah tentu kebanyakkan mereka akan menjawab, "tak payahlah nak bercinta masa sekolah. belajar rajin-rajin dulu...blablablablabla..."


dari pemerhatian dan sudah tentunya pengalaman saya sendiri, pasangan-pasangan yang sedang bercinta ni sudah tentunya mesti rasa nak jumpa kan. kalau tak jumpa tu, mula la dapat mesej berbunga-bunga. contohnya, "rindula...bila nak jumpa?"; "saya rindu awak. awak rindu saya tak?". seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, ayat-ayat ini hanyalah contoh, bukannya ayat yang saya pernah guna dan pernah dapat ye. ini semua pengaruh media massa, televisyen (tv). iye, saya pun manusia biasa. kadang-kadang terpengaruh juga dengan dialog tv tu..hihi em..agak-agak, kalau dah dapat mesej macam tu, apa yang mereka buat? apa? jumpa? haaa..betul la tu. apa lagi, jumpalah. kononnya dengan keluar berjumpa tu, dapatlah hilangkan rasa rindu tu. kononla kan.

haaa... kat bawah ini merupakan antara tempat-tempat yang popular bagi pasangan yang sedang bercinta.

1- panggung wayang
ramai pasangan yang bercinta suka menonton wayang. termasuklah pasangan suami isteri. tapi yang itu tak kisah la kan, dah jadi laki bini. err..tapi saya tak pernah la pula berpeluang 'dating' kat tempat ni. ada aje halangan. Alhamdulillah.




2- taman-taman/ tepi tasik/ dataran

haa.. yang ini pun tempat yang saya rasa paling digemari untuk melepaskan rindu dendam masing-masing. contoh tempat ialah Dataran Syah Bandar, Terengganu, Tasik Titiwangsa dan banyak lagi lah. malas la nak taip satu-persatu. anda sendiri pun tahu. tempat-tempat ini sudah tentunya mempunyai pemandangan yang indah dan sedap mata memandang. namun pandangan akan jadi menyakitkan sekiranya ia dirosakkan oleh perbuatan yang tidak senonoh oleh pasangan yang bercinta. em..tempat macam ini saya pernah pergi dengan 'dia' suatu ketika dulu. sekadar berbual kosong sambil melihat gelagat manusia di sekeliling.




3- pantai

satu lagi ciptaan Allah yang cantik dan berguna untuk manusia. pantai tenang, ada angin sepoi-sepoi bahasa, ada bunyi ombak dan macam-macam lagi la. melihat ombak menghempas pantai dan bunyi deruan ombak sudah cukup buat kita terasa tenang, kan? begitulah hebatnya ciptaan Allah ini. saya suka pantai, tapi saya takut sejak tsunami.




4- shopping complex

yang ini dah sah-sah la kita boleh jumpa bermacam-macam pasangan. ramai juga yang suka 'dating' di sini. saya pernah. tapi tu la, nama pun shopping complex. jalan-jalan sambil berborak, bila penat cari tempat duduk, lunch sama-sama, tengok orang sekeliling lepas tu kutuk-kutuk. itu ajelah. bosan kan?



5- pusat boling
ini sesuai untuk yang nak 'dating' sambil beriadah. tak pernah la pula saya berkesempatan. iye la, mana nak sempat, dah hubungan tu sekejap je, memanglah tak sempat.




6- perpustakaan

ini tempat untuk mendapatkan ilmu. tapi ada aje yang gunakan tempat ini untuk 'dating'. saya? em...






em..keinginan untuk berpasangan merupakan lumrah kehidupan. manusia dicipta dengan disertai hati dan perasaan serta hawa nafsu. lihatlah sekeliling kita. makhluk yang tidak dikurniakan akal pun ada pasangannya. ini merupakan satu hakikat yang tidak dapat kita lari daripadanya. saya percaya setiap makhluk Allah mempunyai perasaan ingin disayangi dan menyayangi, tidak kira binatang mahupun manusia. begitu juga saya. dan kerana itulah saya pernah terjebak dengan 'couple', satu istilah yang dikatakan tidak wujud dalam kamus agama Islam dan haram disisi agama Islam.

saya pernah mengalaminya. dan sesungguhnya saya tahu kebaikan dan keburukannya. kebaikannya? heh...amat sedikit saya rasa berbanding saya lihat lebih banyak keburukan. perlu ke saya ceritakannya? em...rasanya tak perlulah saya muntahkan satu persatu kebaikan dan keburukan itu. biarlah saya dan mereka yang pernah dan sedang mengharunginya sahaja yang mengetahuinya.

cukuplah saya katakan, "tak payahlah couple-couple ni. tak ada apa yang istimewa pun. kalau tak kekal, buat sakit hati aje."
ayat ini, ayat pertama yang akan saya luahkan sekiranya ada yang bertanya pandangan saya. kemudian baru saya akan cakap, "em..terpulanglah. kalau rasa nak sangat, nak rasa ada pengalaman, teruskanlah...siapa saya untuk menghalangnya..."


but please, don't get me wrong. tak bermaksud tak boleh nak dicintai dan menyintai. ya, hari ini, ketika ini dan disaat ini saya berkata tidak kepada 'couple', esok lusa dan akan datang saya tidak pasti dan tidak tahu. mungkin saya akan terjebak lagi dan mungkin tidak. Wallahu'alam. apa yang pasti, sesungguhnya, saya rasa teramat menyesal. menyesal couple. walaupun ada terbit sedikit rasa menyesal, saya tetap bersyukur. sekurang-kurangnya, saya dapat belajar sesuatu & ia saya jadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati.
















"kebejatan akhlak dan nilai-nilai murni yang semakin meruncing harus dipandang serius oleh setiap ahli masyarakat. kes rogol, seks bebas, kahwin lari, kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi dan lain-lain penyakit sosial yang kian berkembang biak dalam kalangan masyarakat hari ini saya rasa salah satunya berpunca daripada bercinta. ya. bercinta. bercinta dengan cara yang salah yang mana terlalu mengikut hawa nafsu sehingga membawa kepada kemaksiatan. wabak ini sesungguhnya perlu dibendung agar tidak menjadi virus yang boleh membusukkan agama, bangsa dan negara kita, Malaysia. tidak perlulah kita terikut-ikut dengan budaya yang negatif. biarlah kita kekal dengan budaya Timur yang tidak akan lapuk dek zaman berbanding hidup serba moden tapi mengamalkan tingkah laku yang tidak bertamadun dan boleh menghapuskan identiti kita yang penuh dengan adab dan sopan. "




saya cadangkan anda membaca ini:

'CINTA ISLAMIK'
'NAIM SI BUDAK AGAMA'











<<<<<(^_^)>>>>> "When it comes to falling in love: No chase, No obsession, No trying too hard. Just let it be." -Girlosophy

0 bebelan mereka: