tiada kata-kata dan idea yang bernas untuk meluahkan apa yang tersirat untuk entri pada kali ini.
sebenarnya banyak je benda yang nak diluahkan. tapi biarlah dulu...
em..untuk pengetahuan, blog saya telah berkembang. saya buka satu lagi cawangan. blog itu dibina sebagai tempat untuk meluahkan perasaan yang saya rasa biarlah saya sahaja yang mengetahuinya. saya perlu buat begini kerana tidak mahu ada yang terasa mahupun berasa tidak selesa. bukan semua orang boleh terima apa yang diluah dan ditulis seseorang walaupun tulisan itu bukan untuk empunya diri yang membacanya.
apa yang pasti, blog tersebut merupakan medium untuk saya luahkan apa-apa sahaja tanpa perlu fikirkan perasaan orang lain. (err..tetiba rasa macam agak kejam). it's okay..sebab inilah realiti kehidupan. ada perkara yang kita boleh kongsi dengan manusia sekeliling kita, dan sudah tentunya ada yang tidak perlu kita kongsi dan itu biarlah antara kita dan Allah sahaja.
sesungguhnya"...mata pena lebih tajam daripada mata pedang..."
ya. ada yang terasa hanya dengan membaca tulisan yang terukir...terasa sehingga memberi kesan. impaknya ada yang besar, ada yang kecil. ada yang sehingga bergaduh, bermasam muka malah, lebih teruk lagi sehingga memutuskan persahabatan. sejujurnya saya tidak mahu tulisan saya menyebabkan perkara seperti itu berlaku...
<<<<<(^_^)>>>>> This is my personal blog. So I just post whatever I want. If you feel offended or uneasy, just kindly tell me okay?
Sunday, August 8, 2010
...CAWANGAN BARU...
Diluah by Edah kira-kira jam 4:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 bebelan mereka:
Post a Comment