BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-S-T-A-T-I-S-T-I-C-S-

Sunday, September 5, 2010

...SERUMPUNKAH KITA???...

dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, dalam kita masih meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-53, macam-macam yang berlaku. macam-macam yang timbul. perkara kecil diperbesarkan. api yang sedang membara disiram lagi dengan minyak tanah; menyebabkan api kian marak. sedih kan? semua ini berlaku di saat kita bakal meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan.

tak tahu bagaimana ia bermula. dan tak tahu juga bila ia akan berakhir. perkara ini dah lama berlaku. dari dahulu sampai sekarang, kita memang nampak tenang. ya, tenang. namun, kadang-kadang berkocak juga air yang tenang itu. masalah antara dua jiran: MALAYSIA-INDONESIA. kedua-duanya cakap serumpun sebangsa. tetapi hakikatnya tidak. si A mengata dan menuduh si B. begitu juga sebaliknya.

kejadian melempar najis ke kedutaan Malaysia di Indonesia dan membakar Jalur Gemilang memang melampau. ia dianggap menghina kedaulatan Malaysia. demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan yang tidak matang itu benar-benar memalukan dan menunjukkan sikap sebenar jiran kita. eeee...yaks...memang sangatlah kotor...sanggup pegang tahi...nampak sangat memang jenis tak jaga kebersihan, atau dengan kata lain, PENGOTOR.

tak dinafikan bahawa bukan semua Indonesian yang anti-Malaysia, hanya segelintir sahaja. tetapi yang segelintir itulah yang telah memporak-perandakan keadaan; menyuburkan sentimen kebencian terhadap Malaysia. Malaysian pun sama. ada yang baik, ada yang jahat. tetapi kami masih mampu berfikir secara bijak dan bertindak dengan rasional.

kenyataan rakyat Indonesia yang mendesak presidennya, Susilo Bambang Yudhoyono, memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, melancarkan perang senjata dan 'Ganyang Malaysia', saya kira dilakukan oleh golongan provokasi dan penghasut yang tidak mahu melihat M'sia & I'sia bersahabat baik.

kenapa perlu menggunakan senjata hanya untuk menyelesaikan perkara yang kecil sedangkan terdapat pilihan yang jauh lebih baik? perbincangan, tolak ansur & mahkamah antarabangsa antaranya. tidakkah menggunakan senjata itu sangat 'bijak' tindakannya?

Malaysia merupakan sebuah negara yang cintakan keamanan. sudah tentu M'sia menolak untuk menyelesaikan perkara remeh-temeh dengan menggunakan senjata. bagi saya tidak sudi berperang bukan bererti takut; bukan bererti pengecut. namun tak mustahil M'sia akan membalas serangan sekiranya diserang. ini untuk mempertahankan kedaulatan negara demi agama dan bangsa. tetapi M'sia lebih suka memilih perbincangan dan diplomasi serta tolak-ansur. maka tidak hairanlah Malaysia mampu mengecapi kemerdekaan tanpa setitik darah pun. untuk mencapai kemerdekaan sesebuah negara ia bukanlah semudah yang disangka. pelbagai onak dan duri yang terpaksa kami tempuhi. peperangan bukanlah jalan yang terbaik. belajarlah dari sejarah. perang bukan sahaja menyebabkan banyak nyawa yang terkorban, bahkan menyebabkan kerosakan fizikal sesebuah negara. kita ada contoh yang terdekat; cuba lihat negara Afghanistan, Pakistan dan Iraq. damaikah mereka? hidup aman makmurkah mereka hasil peperangan antara negara yang bersengketa? lihat dan nilailah sendiri.

I'sia mahu memutuskan hubungan diplomatik dan mahu membawa pulang warganegaranya yang terdapat di M'sia. heh..dah fikir panjang sangat ke wahai mereka yang berada di I'sia? tak dinafikan ada baiknya kalau itu yang terjadi tetapi jangan kita lupa bahawa kesan buruk juga akan terpalit di muka sendiri. fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya rakyat I'sia yang mencari rezeki di M'sia pulang ke negara asal. apa pekerjaan yang mereka akan lakukan? hasil pembacaan di alam siber, rakyat I'sia mendakwa mereka lebih maju dan lebih kaya daripada M'sia. jika begitu, mengapa rakyat I'sia mencari rezeki di M'sia, yang dikatakan MALING? bukankah negara anda kaya? bahkan kenapa ada yang sanggup menyabung nyawa meredah lautan untuk datang ke Malaysia secara haram? bukankah mereka, Pendatang Tanpa Izin (PATI) itu datang untuk mengaut rezeki di bumi MALING ini? datang dengan harapan dapat membawa perubahan dalam hidup, baik dari segi ekonomi mahupun sosial.

Malaysia banyak mengimport tenaga kerja dari negara luar terutamanya Indonesia. maka tidak hairanlah hampir 2 juta warganegara I'sia berkampung di M'sia. bahkan di sesetengah tempat, boleh dikatakan MINI INDONESIA. mereka bekerja di pelbagai sektor seperti perkilangan, pertanian dan pembinaan; sesuai dengan taraf yang mereka miliki. (sudah tentu bukan yang bekerja atas kerusi empuk dalam bilik yang berhawa dingin). M'sia akan kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan kerja-kerja. tetapi M'sia masih mempunyai alternatif lain untuk mendapatkan tenaga kerja seperti Bangladesh, Filipina dan Mynmar.

secara jujurnya, saya tidak sukakan rakyat Indonesia yang jahat, tak bersyukur dan bongkak. tetapi dalam masa yang sama, saya juga suka kepada mereka yang baik dan tak mencari masalah dengan Malaysia. dan saya rasa, rakyat I'sia juga begitu. kita tak suka antara 1 sama lain, tapi bukan semua. kadang-kadang sakit mata memandang panas telinga mendengar melihat gelagat Indonesian. macam-macam mereka buat kat Malaysia. yang datang secara sah dan berkelakuan baik tu, tak kisahlah. tapi kalau yang jenis PATI dan buat hal tu, memang hampeh la. dah la PATI, buat onar pula tu. tak mengenang budi langsung. tak dinafikan ada majikan Malaysia yang jahat; yakni mereka tidak tidak membayar gaji, mendera atau sebagainya. mereka juga tuduh kita tidak membela rakyat mereka. katanya ada yang disumbat dalam penjara dan dipukul polis dan macam-macam lagi. tetapi tahukah anda kenapa tak terbela? macam mana kerajaan Malaysia nak bela kalau datang secara haram. kalau dah buat salah, sahsah la kena penjara. kalau dah masuk penjara tu, nasib kau la kena pukul ke kena terajang ke. dah nama pun penjara, takkan nak dilayan macam kerabat diraja pula kan. dah diberi makanan dan tempat tinggal percuma pun dah dikira cukup bagus. duit kerajaan Malaysia yang dihabiskan untuk PATI yang dihantar pulang secara percuma dan yang terperuk kat Jabatan Imegresen tu lebih baik dihulurkan kepada fakir miskin rakyat tempatan.

tak dinafikan rakyat tempatan pun ada buat jenayah. tetapi sejak akhir-akhir ini, rakyat asing pun semakin menyumbang kepada kebejatan gelaja sosial di Malaysia. sindiket pelacuran contohnya, semakin menular di M'sia. tetapi yang menjadi pelacurnya kebanyakannya adalah warga asing. yang buruk nama siapa? Malaysia juga kan? itu belum masuk kes bunuh, rompakan, ragut dan samun serta kes rogol lagi tu. rakyat I'sia yang ada kat M'sia pun menyumbang juga. ni ha..kes buang bayi, orang Indon pun ada juga buang bayi, tapi yang dapat nama buruk siapa? mentang-mentanglah muka lebih kurang, orang Melayu juga yang kena. pembantu rumah yang MALING pun ada juga. yang ini memang jenis tak tahu bersyukurlah. dah la diberi tempat tinggal percuma, tak perlu bayar bil air dan elektrik, makan minum pun percuma. apa lagi yang tak puas hati? gaji? gaji yang diberi dikira agak lumayan, bahkan lebih banyak daripada gaji rakyat tempatan. nak cakap majikan dera? ada tu ada, tapi nasib la kalau kau dapat majikan yang jahat. kalau nak tahu, ada juga pembantu rumah yang mendera anak majikan. lebih teruk, penderaan itu menyebabkan kematian. anak kecik yang tak tahu apa-apa dibunuh. kejam kan? itu belum lagi kes bawa lari anak dara orang. yang si perempuan tu pun bodoh juga. yang terpengaruh tu kenapa. bila dah sampai Lombok, merana hidup di negara orang, tak cukup makan pakai, baru menangis-nangis nak balik.

haih..banyak je benda nak luah kat sini. tapi kang berjeler-jeler la pula entri ni..
kalau pasal dituduh mencuri tarian Pendet, batik dan tah apa-apa lagi tu, saya malas nak ulas. selama saya hidup, tak pernah dengar pasal tarian itu. lepas Indonesia kecoh-kecoh, baru saya tahu. pasal batik pula, macamlah Malaysia tak reti buat batik. wahai warga I'sia, boleh beza la corak batik Terenggani/Kelantan dan batik Jawa. memang sahsah ada perbezaan.

last but not least. suka ingin saya bertanya. pada saat satu tempatnya yang ibarat padang jarak padang terkukur, jiran manakah yang terawal datang menghulurkan bantuan? jangan dek kerana perkara remeh-temeh, Malaysia yang suka menghulur akan mengurangkan bantuan yang diberikan apatah lagi terdapat negara yang lebih memerlukan bantuan seperti Palestin. jika Malaysian dilarang berkunjung ke Indonesia, aliran matawang keluar Malaysia ke Indonesia akan menurun dan dalam masa yang sama, aliran masuk matawang Malaysia ke Indonesia juga akan berkurang. siapakah yang akan rugi dan siapakah yang akan menikmati keuntungannya? fikir-fikirkan..


ok. sampai di sini sahaja. jumpa lagi!(✿◠‿◠)







<<<<<(^_^)<<<<<

Yang kelok itu kendi,yang merah itu saga
Yang elok itu budi,yang indah itu bahasa.

Orang memberi, kita merasa
Orang berbudi, kita berbahasa.

Adat Melayu adat berbudi
Orang menjual kita membeli.

Tua jangan disangka abang
Muda jangan disangka adik.

Tuesday, August 31, 2010

...SELAMAT ULANGTAHUN KE-53!..



"TANGGAL 31 OGOOS OLEH SUDIRMAN HJ. ARSHAD"


"SEMOGA MALAYSIA AKAN TERUS AMAN MAKMUR SERTA BEBAS DARI BELENGGU PENJAJAHAN. DENGAN HARAPAN MALAYSIA AKAN TERUS CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG! AMIN..."




rakyat Malaysia, jom sama-sama kita kekalkan kemerdekaan yang kita kecapi sekarang. hargainya dan pertahankan kedaulatan kita. jangan biarkan ia musnah seperti mana hancurnya kerajaan tamadun Islam dan runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka.











<<<<<(^_^)<<<<<
Pemerintahan Islam di Sepanyol 800 tahun namun kerana sikap alpa dan leka kini hanya tinggal sejarah sahaja di Spain! Kita di Malaysia??? fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Thursday, August 19, 2010

...TAK TAHU...

luah kat sini rasanya lebih ok jika diluahkan kepada orang lain. berdiam itu lebih baik jika percakapan kita akan mengundang perkara yang lebih buruk dan tidak menyelesaikan masalah. walaupun sebenarnya adakalanya dengan berdiam dan tidak berkomunikasi secara bersemuka juga tidak akan dapat menyelesaikan masalah. saya pilih untuk berdiam dan mendengar sahaja suara-suara yang memerli dan cakap-cakap belakang (jika ada). malas dan sememangnya tak suka nak bertegang urat.

ok. let bygones be bygones. bulan-bulan Ramadhan yang mulia ni, tak baik berdendam simpan dalam hati dan bermasam muka. kang kurus puasa.(harap-harap bukan bulan puasa sahaja).

p/s: ala..bukan puasa pun dua hari ini...huhu

em..semenjak dua menjak ni, banyak perkara dan persoalan yang berputar ligat dalam kepala otak ni. tak tahu nak tanya siapa. tak tahu kepada siapa patut diluahkan. kalau luah takut jadi fitnah. takut jadi mengumpat. kalau tak luah, tak tahu kebenaran. walau apapun, hati tetap rasa nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

kita hidup dikelilingi dengan pelbagai ragam dan rupa manusia. ada yang di hadapan dan belakang kita tetap sama bahkan yang di hadapan lain dan di belakang lain pun ada. tipulah kalau semua mengaku dirinya sama sahaja, sama ada ketika di hadapan kita mahupun di belakang kita.

ya. saya, diri saya sendiri juga tak terkecuali mengalami keadaan dan situasi ini. saya tak nafikan. walau apapun alasan yang diberikan, tak perlulah semua orang nak mengaku baik. masing-masing ada sebab dan musabab yang tersendiri yang menyebabkan dia tidak sama ketika di hadapan dan di belakang. keadaan dan situasi yang terdesak dan tidak sesuai memungkinkan kita turut terlibat sama. sama ada secara sedar atau tidak.

entahlah. saya sangat-sangat tak tahu nak cakap macam mana. tak tahu sumber mana yang perlu dipercayai. makanya, saya lebih suka mendengar. dan saya sememangnya seoarng yang lebih suka mendengar daripada berkata-kata. (tipu. kadang-kadang bercakap juga)..

yang pasti kepercayaan itu sangatlah penting. jangan rosakkan kepercayaan yang diberikan. sekali saya tahu perkara itu tidak benar (penipuan yang dilakukan itu melibatkan diri saya), maaf, saya tidak akan mempercayai anda 100% lagi. tetapi kalau penipuan itu hanya melibat diri sendiri dan tidak melibatkan saya, saya tak kisah. lantaklah nak menipu banyak mana pun.





ok. sekian untuk kali ini.
orang dah selesai solat terawih..^_^












<<<<<(^_^)>>>>> To handle yourself, use your head; to handle others, use your heart. -Eleanor Roosevelt