BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

-S-T-A-T-I-S-T-I-C-S-

Tuesday, July 13, 2010

...THIS IS ME...

I've always been the kind of girl
That hid my face
So afraid to tell the world
What I've got to say
But I have this dream
Right inside of me
I'm gonna let it show, it's time
To let you know
To let you know

This is real, this is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me

Do you know what it's like
To feel so in the dark
To dream about a life
Where you're the shining star
Even though it seems
Like it's too far away
I have to believe in myself
It's the only way

This is real, This is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me

You're the voice I hear inside my head
The reason that I'm singing
I need to find you, I gotta find you
You're the missing piece I need
The song inside of me
I need to find you, I gotta find you

This is real, this is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me
You're the missing piece I need
The song inside of me (this is me)
You're the voice I hear inside my head
The reason that I'm singing
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me

















*****(^_^)***** Never try to be someone else, everybody has their own unique. Just keep it!

Friday, July 9, 2010

...NYUT-NYUT...


pernah dengar tak perkataan 'nyut-nyut' ni?
nyut-nyut
ni sebenarnya nak menunjukkan rasa macam ala-ala kena gigit semut gitu.. berdenyut-denyut macam terhantuk je..
tapi bukan sakit sebab semut gigit tau...banyak je faktor penyumbang nyut nyut ni..heee

kenapa nyut-nyut?

SEBAB....

gusi saya teramatlah sakit!!!hohoho..

nasib baik ada ubat tahan sakit. so, dah tak sakit la...telan dua biji dah ok. memang berkesan lah. dah nama pun ubat tahan sakit so, faham-faham la fungsinya untuk apa kan?

saya cadangkan kalau sesiapa rasa sakit, dan tak nak rasa sakit, makanlah 2 biji PROGESIC PARACETAMOL 3 kali sehari dan 2 biji MEDICAP MEFENAMIC, juga perlu ditelan 3 kali sehari. err..ini kalau gusi sakit setelah gigi dicabutlah. jangan pula time sakit hati, ubat-ubat ini ditelan..hoho

em..gusi saya terasa sakit sebab 4 batang gigi kekal saya yang sihat walafiat dan bebas daripada segala bagai penyakit dan virus telah dicabut! mereka tak melakukan sebarang kesalahan pun. hanya disebabkan keempat-empat ini terletak di belakang gigi taring (atas & bawah), makanya mereka perlu dilupuskan.

kenapa? er..sebabnya tak boleh beritahu sekarang. tunggu bila tiba masanya...hehe ✖‿✖

sekarang, kalau yang jenis memang perihatin terhadap saya, mereka-mereka akan sedar akan kehilangan 4 batang gigi itu kerana... sudah jelas lagi bersuluh 'pagar' dah berlubang!



macam pagar kat bawah ni >>>>>



╠╬╬╬╬╬〠╬╬╬╬╬╣╠╬╬╬╬╬〠╬╬╬╬╬╣╠╬╬╬╬╬〠╬╬╬╬╬╣╠╬╬╬╬╬〠╬╬╬╬╬╣╠╬╬╬╬╬〠╬╬╬╬╬╣╠╬╬╬╬╬〠╬╬╬╬╬╣╠╬╬╬╬╬〠╬╬╬╬╬╣



bukan gusi aje yang tengah merana ni..perut pun merana juga... iyelah..kalau still bleeding even dah lebih 5 jam, perut pun bergendang-gendutlah jawabnya..usahkan nak menguyah, nak berkumur pun masih berdenyut-denyut..






<<<<<(^_^)<<<<< subjek sem ini kurang cun dan handsome. yang paling hot rasanya hanyalah PERKEMBANGAN SEJARAH NEGARA.. lalalalalalalala~
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

...THEY ARE ALMOST SAME...

Di suatu petang, kelihatan seorang cucu yang sedang meningkat dewasa mengurut-urut dan memicit-micit sambil berbual mesra dengan nenek kesayangannya yang dipanggil ‘tok’.

Tok: Tau tak?
Cucu: Tau apa?
Tok: Lan anak cik yah tu dah putus tunang.
Cucu: Ooo…dah tu? Kenapa ceritanya? Biarlah hal orang. Err..tapi kenapa putus?heee..
Tok: Taklah. Saja aje nak cerita. Putus sebab tunang si lan sibuk. Tunang dia tu kerja pejabat. Tak ada masa. Lan takut la bila dah kahwin nanti, tak ada masa untuk keluarga. Rumah tangga tak terurus.


Si cucu yang mendengar dengan tidak berminat melayan sahaja cerita neneknya itu. Melihat neneknya seakan-akan ingin bercerita lagi, si cucu berkata, “Dah tu, nak yang kerja apa? Kalau takut bini tak lekat kat umah, baik cari yang tak kerja. Suri rumah sepenuh masa. Haaa… kan senang, 24 jam ada dalam rumah.”

“Eh, dia nak cari yang bekerjaya tapi bukan yang sibuk macam tu. Masa tunang pun dah payah nak jumpa, asyik sibuk aje, kahwin nanti tah macam mana la. lan nak jururawat atau cikgu. Cik yah pun nak cikgu. Katanya, cikgu dengan nurse ni, senang. Kerja separuh hari aje,”
jelas neneknya dengan panjang lebar.

“Ooo..begitu ceritanya,” jawab si cucu dengan bersahaja.

Tok: Umur eda dah berapa ye? Poksu lahir tahun berapa? Umur eda dengan poksu berapa beza jarak usia?
Cucu: hehe..eda dah 19 tahun dah.. poksu lahir dalam tahun 1974 kot.. kalau poksu lahir tahun 74, beza 16 tahun la. Itupun kalau 1974 la..eda pun lupa tahun berapa. Kenapanya?
Tok: Em.. saje aje. Lan tu tua setahun atau dua tahun aje daripada poksu tu. Kalau cik yah tahu kamu bakal cikgu, dia mintak kamu, tok bagi aje. Cik yah tu baik. Lan pun baik, rupa pun ada. Itu kalau cik yah minta la. Dulu cik yah berkenan kat arwah mak kamu. Dari anak dara sampai dah janda pun, masih nak jodohkan dengan anak buah dia.



Hoho..saya hanya mampu terdiam. Tak terkata beb.. Hati mula terasa sedikit risau. Mau tak risau..kalau tetiba jadi kenyataan macam mana? Sejak itu, saya yang semakin kurang keluar rumah, menjadi semakin jarang keluar. Lebih suka duduk terperap di dalam rumah. Seboleh-bolehnya cuba mengelak jika disuruh membeli barangan dapur di kedai cik yah itu.


********************************************************************


Pada pagi minggu, ketika duduk menonton kartun sambil berbual-bual dengan kakak sepupu, Kak Mira, mok long tiba-tiba bertanyakan soalan yang di luar topik perbualan kami.

“Eh eda, dah berpunya ke belum?” tanya mok long bersahaja.

“Err…mana ada la mok long… kenapanya?”
saya menjawab dengan rasa pelik.

“Tak la.. ada mak orang tanya.. dia berkenan kat eda..” terang mok long.

Speechless sekejap. Tapi saya masih mampu cover.


“Ishhh..mok long ni…mengarut je..siapa pulak la yang silap mata memandang tu..nak berkenan-kenan pulak dah..bukan kenal eda pun..”

“Ada la..dia nampak eda kat rumah mok long..eda kan selalu balik sini..”


Kak mira yang dari tadi mendengar tiba-tiba, menyampuk, “Alah mak ni..biarlah eda cari sendiri…nak jodoh-jodoh pulak…tah tah dia dah ada..tak nak cerita je.. tu haa, budak yang duk overseas tu apa cerita?

“A’ah kan.. budak yang datang rumah masa rumah terbuka dengan sebelum dia fly tu macam mana? Bila dia balik? Nanti kalau dia balik, terus ikat la…habis belajar terus kahwin. Buat sekali dengan kak mira, senang. ”


Mok long memang nampak excited bila bercakap pasal budak tu. Mok long macam dah berkenan kat dia since kali pertama dia datang rumah dua tahun yang lalu.

Huh…terasa agak lega bila kak mira back me up.. Em,,tapi kalau pasal budak tu, tak tahulah. Kurang pasti sebenarnya. Masih kabur, sehingga hari ini. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Eda pun tak tahu la mok long.

********************************************************************

Di suatu petang, di tempat yang sama, kami beramai-ramai tengah usik-usik kak ain yang akan pergi ke China atas urusan kerja. Tiba-tiba anak bujang rumah pintu 9 yang baru pulang dari kerja melintas di hadapan rumah mok long. kami yang tengah gelak-gelak ni terdiam apabila mok long tiba-tiba terkeluar ayat, “haa..eda, mak dia la yang berkenan kat eda tu…”

Kata-kata mok long diiyakan oleh poklong, “A’ah..betul eda..mak dia berkenan kat eda.”

Kak mira memecahkan suasana sepi tadi dengan berkata, “Hahahaha…terdiam tak terkata kau eda..”

Saya apa lagi, berusaha cari jalan untuk ubah topic la…


********************************************************************


Peristiwa yang hampir serupa tapi ada sedikit kelainan.

Pagi 16 Mei dua bulan yang lepas, dapat sms ringkas dari cekngah yang tertulis, “SELAMAT HARI GURU!”

Saya membalas dengan mengucapkan terima kasih & mengucapkan ayat yang sama kepada cekngah. Em..cekngah dan mok long ni guru tadika. Kami berbalas-balas mesej.

Tiba-tiba cekngah tanya, “Dapat hadiah daripada si dia ke tak?”

Err.. saya agak terkejut dan pelik. Iyelah, tetiba je cekngah tanya soalan tu. “Hadiah dari si dia? Siapa ‘dia’ tu cekngah?” soal saya.

“Ala..budak Pahang tu…yang datang rumah hantar buku tu..” balas cekngah..

Ternyata cekngah ingat saya masih dengan budak tu.

“Ish..cekngah ni..kan lama dah eda tak kawan dengan dia..mana ada orang nak bagi hadiah kat eda. Lainlah cekngah tu, sah-sah dapat banyak hadiah..kongsi-kongsi la sikit..hehe”

“Ooo..ye ke? Dah tu, budak yang mok long cerita tu, budak Jawa tu macam mana pulak?”

“Adoi! Cekngah ni..tak yah la percaya cakap mok long tu..eda kawan-kawan je la..bukannya ada apa-apa pun..”


********************************************************************



Em..macam-macam kan.. saya semakin meningkat dewasa. Umur semakin bertambah. Agak tak mustahillah ketiga-tiga wanita tersebut bercakap soal itu. (⊙▂⊙)

Maaflah tok, eda rasa tak nak je… (✖╭╮✖)


Mok long, eda rasa biarlah dulu..eda tak nak fikir pasal benda ni semua, buat masa ni. Banyak lagi benda yang eda nak buat. Yang pasti, eda tak rasa nak kahwin awal. Em..orang Johor tu, biarlah masa yang menentukan. Kalau ada jodoh, ada la..kalau tak ada, eda tak kisah.. eda ok aje.. (◕‿-)


Eda tahu cekngah suka budak Pahang tu. Mungkin sebab cekngah hanya pernah jumpa dia & cekngah belum pernah lagi berjumpa dengan budak Johor. Eda tak rasa eda masih 'suka' budak tu. Eda tak rasa apa-apa dah kat budak tu. ಠ_ಠ














<<<<<(^_^)>>>>> "Let love come to you, be patient. In fairy tales they don't find each other until the last page." -Mary Oliver